Monday, July 12, 2010

Perkembangan Perusahaan Perlombongan

British memajukan kegiatan perlombongan
Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit

a) Emas
  • 1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang
  • Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu
  • diusahakan oleh syarikat dari Australia
b) Arang batu
  • dilombong di Batu Arang, Selangor
  • digunakan sebagai bahan api
c) Bauksit
  • sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium
  • dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka
d) Bijih besi
  • dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang
  • lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor
e) Ilmanit
  • galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah
  • dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah
  • bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu
  • British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah
  • Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah
  • Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur tangan British
a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu
  • kegiatan melombong adalah bercorak tradisional
  • diusahakan oleh orang Melayu
  • menggunakan cara mendulang dan melampan
  • tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
  • orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu
b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu
  • perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina
  • banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak
  • orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung
  • akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah

Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
  • akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
  • perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden
a) Revolusi Perindustrian di Eropah
  • permintaan bijih timah semakin meningkat
  • bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan
b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden
  • diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20
  • menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah
  • tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
  • pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu
  • 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%

Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi
  • 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia
  • 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula harga bijih timah
  • negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia
  • semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah
  • hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan
  • tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah
  • kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

1 comment: