Monday, July 12, 2010

Perkembangan Perusahaan Getah

Akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia
getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi
kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu

(i) Sejarah Asal-Usul Getah
  • Berasal dari Brazil
  • Getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis
  • Tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham
  • Kemudian disemai di Kew Garden, England
  • Sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka
  • 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
  • Dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak
  • Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu
(ii)Perkembangan Getah
  • Awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
  • Permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat
  • Ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
  • 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia
  • Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia
  • Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United Plantation
  • Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah

a) Permintaan Getah Meningkat
diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah
diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik

b) Kejatuhan Harga Kopi
harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak
peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah

c) Tenaga Buruh Mencukupi
buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getahd) Usaha H.N.Ridleymemperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring

kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah

e) Pelaburan Modal
banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie

f) Cukai Rendah
British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah
Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka

Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah

  • tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia
  • harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah
Diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsaa) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
  • tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
  • disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka
  • Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah
  • tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat
b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934
  • tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga
  • disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand
  • setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
  • berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan
  • Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II
  • menjadi pesaing kepada getah asli
  • dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II
  • getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan

No comments:

Post a Comment