Sunday, August 15, 2010

Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur

• Sultan Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
i. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv. Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
• kesan-kesan desakan;
i. British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii. British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri
iv. Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

• sultan-sultan NNMB tidak puas hati
• tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
• ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii. Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
• Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
• Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
• Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
• kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
• penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
• sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
• kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)



Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur- tinggal di Carcosa tahun 1898)



Residen
Perak Selangor N9 Pahang

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895

• Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
• Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
• Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
• Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British
• Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB

Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

• Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
• NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
• pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
• pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
• diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)

Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
• Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
• Residen menjadi terlalu berkuasa
• Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
• Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang
• perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
• jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
• menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv) Sistem Perhubungan
• sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(v) Faktor Keselamatan
• mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan