Monday, July 12, 2010

Pengeluaran Hasil Hutan

Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung
  • diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu
  • semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
  • british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah
  • tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan
  • tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik
a) Damar
  • diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan
  • damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu
  • dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan
b) Getah perca
  • diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan
  • digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut
  • untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya
  • kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong
c) Getah jelutung
  • kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
  • tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh
  • ia biasanya dieksport
d) Rotan
  • dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport ke China
  • kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot
e) Pembalakan
  • banyak dieksport ke China dan Britain
  • antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing
  • digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu
  • 1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu

Kegiatan Dwiekonomi
  • diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu
  • ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional
a) Ekonomi Dagangan
British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan
  • dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu
  • dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur
  • lebih berorientasikan eksport
  • dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah
  • tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
  • melibatkan tenaga buruh yang ramai
  • melibatkan pelaburan modal yang besar
  • teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah
b) Ekonomi Tradisional
  • kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british
  • diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar
  • bercorak sara diri
  • tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan
  • menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi
  • melibatkan modal kecil

Kesan Kegiatan Dwiekonomi
  • berlaku perkembangan tidak seimbang
  • mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar

No comments:

Post a Comment