Monday, July 12, 2010

Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

Kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan
Perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru

i) Penggunaan Buruh Luar
  • British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India
  • tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah
  • British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu
a) Orang Cina
  • dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan
  • berasal dari China Selatan
  • kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak
  • ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar
Sistem Kontrak
  • orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan
  • tambang perjalanan dibayar oleh majikan
  • majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
  • mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai
  • selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain
b) Orang India
  • dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah
  • berasal dari selatan India
  • dibawa masuk melalui Sistem Kangani
  • ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan
Sistem Kangani
  • kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah
  • kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh
  • kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan
  • kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk
  • buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani
  • buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai

Kesan Kemasukan Buruh
  • mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
  • orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di bandar
  • bekerja sebagai pelombong dan peniaga
  • orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah
  • orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa)
  • menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan
  • masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi
  • dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum
  • mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza

No comments:

Post a Comment