Monday, July 12, 2010

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas
- tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport
- pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya
- perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon

a) Perkembangan Landasan Kereta api
- perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19
- terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)
- dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah
- landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan
- tujuan memudahkan bijih timah dieksport
- antara landasan kereta api yang dibina ialah dari
- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang
- Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
- Seremban ke Port Dickson
- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)
- tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat

Fasa Kedua (1897-1909)
- tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;
- untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat
- untuk memudahkan pentadbiran British
- tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun 1948
- hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB

Fasa Ketiga (1910-1931)
- landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
- tujuannya adalah untuk;
- menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)
- sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu
- memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British

14 comments:

  1. Replies
    1. Pengankutan tu sesuatu objek yang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat sebagai contoh kereta api, mrt, lrt, monorail,sebagainya dan sehaluan dengannya:)

      Delete
  2. Mengapakah British membina sistem pengangkutan dan perhubungan?

    ReplyDelete
  3. nenek kau hijauuu....hehehhehe pak cik kepala hotakkk bapa kauu talingokkkkkk
    sembarano sja....bahlul

    ReplyDelete
  4. perkembangan pengangkutan dan perhubungan banyak memberi kesan dalam kehidupan masyarakat melayu

    ReplyDelete
  5. Bagaimana faktor tersebut telah mempengaruhi kekedatanga kuasa barat ke tanah melayu?

    ReplyDelete
  6. bagaimanakah faktor tersebut telah mempengaruhi kedatangan kuasa barat ke tanah melayu ?

    ReplyDelete
  7. Jelaskan sistem sistem pengangkutan yang terlibat dengan tindakan british

    ReplyDelete