Sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
- British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masing-masing
- sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar
a) Sekolah Vernakular Melayu
- didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan
- anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan
- pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam
- sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang
- sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain
- British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu
- pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka
- sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran
- lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan
- lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
- antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak - MPSI
- (dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI)
- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
b) Sekolah Vernakular Cina
- diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar
- peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka
- pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun
- ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah
- menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China
- guru-guru juga dibawa dari China
- tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina
- 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan
- Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu
- menurut enakmen ini;
- semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan
- Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil
- diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India
- kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah
- sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India
- ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut
- memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat
- tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
- keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah
- terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
- masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna
d) Sekolah Vernakular Inggeris
Penang Free School
- mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826)
- sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar
- pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian
- menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum
- sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England
- lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
- lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan
- 1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di Kuala Lumpur
- 1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
- tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu
- anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
- kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris
- British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu
- 1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%), dan India (27%)
No comments:
Post a Comment