Monday, July 12, 2010

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain

a) Perkhidmatan Kesihatan
  • masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru
  • persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak
  • penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India
  • British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan
  • tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang
  • pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar bandar
  • 1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar
  • 1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur
  • tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri
b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
  • pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan
  • terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman
  • ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama)
  • terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah
  • ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul
  • untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus
  • berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu
  • tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi
  • banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk
  • kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor
c) Bekalan Tenaga Elektrik
  • tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi
  • awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
  • 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik
  • empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited
  • tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta

Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
  • pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah
  • petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
  • perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban
a) Ipoh
  • terletak di Lembah Kinta
  • dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu
  • nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu
  • tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot
  • Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk
  • tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping
b) Taiping
  • terletak di daerah Larut
  • nama asalnya Kelian Pauh
  • tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah
  • selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut
  • nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’
  • berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak
c) Kuala Lumpur
  • pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah
  • ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur
  • tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju
  • Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur
  • 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang
  • British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan
  • 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  • kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
  • pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun

No comments:

Post a Comment