Monday, July 12, 2010

Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara

Kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang

Kapal Wap
  • tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura
  • tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu
  • kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah
  • contohnya kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Terbang
  • tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara
  • syarikat ini beribu pejabat di Singapura
  • memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  • kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan
  • antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio
  • tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas
  • mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan
  • tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak
  • kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf
  • tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment