Thursday, July 15, 2010

Kegemilangan kerajaan Johor

Kerajaan Johor telah bangkit semula semasa pemerintahan sultan Abdul jalil Riayat Shah (1623-1677)

Baginda telah menjadikan Batu Sawar sebagai pusat pemerintahan dan ibu kota

Menjelang tahun 1641, jajahan takluk Johor telah berkembang luas meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga ke Singapura, Bentan dan Lingga

Johor juga menguasai Bengkalis, Kampar, Siak, Klang, Batu Pahat, Muar, dan Pahang

Faktor-faktor yang membantu Johor mencapai kegemilangan ialah:
  • Kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri
  • Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
  • Perkembangan bidang persuratan

No comments:

Post a Comment