Saturday, June 26, 2010

Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Parameswara di Palembang
1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah mengasaskan Melaka pada 1400

2. Palembang merupakan pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya

3. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya, Palembang dikuasai oleh Majapahit

4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit

5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan selepas diserang Majapahit

6. Parameswara telah lari ke Temasik

Parameswara di Temasik
1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit, Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut berundur ke Temasik (Singapura)

2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik

3. Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik

4. Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya

5. Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai Temasik. Baginda berusaha mengembalikan semula kegemilangan kerajaan Srivijaya

6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar

Parameswara di Melaka
1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan

2. Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam

3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai

4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun

5. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan

6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut


Faktor Melaka dipilih menjadi sebuah kerajaan
  • Bekalan air senang diperolehi.
  • Bentuk muka bumi berbukit bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan selat lebih mudah dikawal.
  • Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semulajadi.
  • Muara sungai amat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun

No comments:

Post a Comment