Monday, June 28, 2010

Asal-usul Nama Melaka

Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360.

Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

1. Pokok Melaka
  • Semasa berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok
  • Keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat tersebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri
2. Istilah Arab
  • Mulaqah, Malakat
  • Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab
  • Mereka menganggap Melaka sebagai Mulaqah iaitu yang bermaksud 'pertemuan'
  • Mereka juga menyebut Melaka 'Malakat' yang bermaksud 'perhimpunan segala dagang'

3. Mitos Hindu Karya Skanda Purana (Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka
  • Nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta
  • Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan
  • Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama Hinduu iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib
  • Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut

No comments:

Post a Comment