Sunday, August 15, 2010

Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu – NNM

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM
i. Kekayaan bumi NNM
• hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
• kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
• kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian
• British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
• NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
• NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
• Terusan Suez dibuka tahun 1869
• terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
• ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke India, Asia Tenggara dan China
• penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan lebih banyak

iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
• abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
• British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
• British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina

v. Perubahan Dasar British di London
• tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
• Parti Liberal kalah
• pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM
• keadaan huru-hara berlaku di NNM
• antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina
• keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana mereka mengalami kerugian
• akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka di NNM
• tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur tangan

No comments:

Post a Comment