Thursday, July 1, 2010

Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga

Melaka mempunyai Sistem Cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan

Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu:
  • Cukai rasmi (duti import) atau Panduan
  • Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar
Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan sendiri

Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga

Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk
  • Memastikan urusan perdagangan adalah lancar
  • Sumber pendapatan kerajaan
Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai Berkeutamaan

Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka
  • Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%
  • Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar
  • Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%

No comments:

Post a Comment