Thursday, July 1, 2010

Peranan Syahbandar

Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya

Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka

Syahbandar iaitu anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak.

Antara tugas-tugas Syahbandar ialah
  • Menguruskan cukai
  • Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
  • Menguruskan gudang
  • Menguruskan pasar
  • Menjaga kebajikan pedagang
  • Menjaga keselamatan pedagang
  • Menjadi hakim di pelabuhan
Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang

Syahbandar I ----->>>>> Mengurus pedagang dari Gujerat

Syahbandar II ----->>>>> Menguruskan pedagang dari

a. China
b. Ryukyu
c. Champa

Syahbandar III ------->>>> Menguruskan pedagang dari

a. Kalingga
b. Pegu
c. Benggala
d. Parsi

Syahbandar IV ------->>> Mengurus pedagang dari

a. Pulau Jawa
b. Banda
c. Borneo
d. Filipina
e. Maluku
f. Kalimantan
g. Pasai

13 comments: