Monday, July 12, 2010

Kegiatan Pertanian Dagangan

Pada peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik
British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian dagangan. Penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat

a) Lada hitam dan gambir
  • untuk tujuan eksport
  • diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak
  • kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
  • di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura
  • tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20
  • gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera
b) Buah pala dan cengkih
  • banyak ditanam di Pulau Pinang
  • tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi
  • dieksport ke Eropah dan China
  • cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat
  • 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil
c) Tebu
  • ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak
  • permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia
  • 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
  • tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
  • gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun
d) Ubi kayu
  • meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu
  • banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
e) Nanas
  • industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor
  • sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia

2 comments: