Thursday, June 24, 2010

Sumber Sejarah

  1. Sumber pertama atau sumber primer
  2. Sumber kedua atau sumber sekunder

Sumber Pertama

  1. Dikenali sebagai sumber primer
  2. Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak
  3. Sumber primer adalah dalam bentuk
  • Kertas
  • Fosil
  • Artifak
  • Keterangan lisan

4. Contoh-contoh sumber pertama ialah

  • Surat peribadi
  • Diari
  • Manuskrip yang belum dicetak
  • Batu bersurat

5. Ahli sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku

Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk

Sumber Kedua

  1. Dikenali sebagai sumber sekunder
  2. Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan yang bertulis
  3. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan
  4. Contoh-contoh sumber kedua ialah
  • Buku
  • Endiklopedia
  • Majalah dan surat khabar
  • Buku teks
  • Rencana
  • Jurnal
  • Laporan tahunan jabatan
  • Risalah

No comments:

Post a Comment