Thursday, June 24, 2010

Kepentingan Sejarah

  • Sejarah membolehkan kita mengenali diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara
  • Dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita. Berfungsi sebagai panduan untuk kehidupan kita
  • Semangat setia, jujur, berani dan bangga dapat dipupuk melalui sejarah
  • Membantu melahirkan warganegaraan yang bertanggung jawab mempertahankan negara

Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah

  1. Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
  2. Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
  3. Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  4. Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
  5. Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang
  6. Memupuk semangat patriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
  7. Membantu membuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
  8. Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

No comments:

Post a Comment