Thursday, July 22, 2010

Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura

i SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
· Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
· kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
· kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
· perdagangan SHTI dengan China semakin penting
· barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
· SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
· SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
· selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
· Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
· Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
· Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
· hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
· merupakan sebahagian wilayah Johor
· kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
· Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
· Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
· Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
· Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

No comments:

Post a Comment