Thursday, July 22, 2010

Ancaman-Ancaman di Kedah

Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
Pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
Para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma

i) Ancaman Bugis Dari Selangor
· akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
· keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
· tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
· kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
· kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
· tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
· Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
· Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
· tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
· perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
· firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
· Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

ii) Ancaman Siam
· Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
· selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
· Kedah berasa terancam
· Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
· Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
· Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
· SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

No comments:

Post a Comment