Thursday, June 24, 2010

Zaman Neolitik

Merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam & memelihara binatang ternakan. Di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu.

Bukit Tengkorak, Sabah – tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu tetapi menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.Manusia pada zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

Ciri-ciri Penempatan

  • Mula hidup menetap
  • Penempatan di dalam gua dan berhampiran sungai
  • Wujud sistem bermasyarakat (mempunyai ketua dan wujud pembahagian kerja)

Kegiatan ekonomi dan peralatan

  • Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga
  • Bercucuk tanam
  • Menangkap ikan dan menternak binatang
  • Berburu dan memungut hasil hutan
  • Berdagang secara tukar barang
  • Menggunakan alat batu seperti beliung & pemukul kulit kayu

Kepercayaan

  • Animisme

Lokasi di Malaysia

  • Gua Cha, Kelantan
  • Bukit Tengkorak, Sabah

No comments:

Post a Comment