Kaedah Lisan
1. Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber
2. Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh
3. Maklumat yang diperolehi melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan
4. Sumber sejarah yang diperolhi melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi
5. Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah
6. Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, radio, video, cakera padat pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
7. Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan
8. Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah
- Penceritaan
- Temu ramah
9. Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh
Kaedah Bertulis
1. Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis
2. Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi
- Catatan perjalanan
- Diari
- Tujuan dan gambar pada kulit binatang
- Duit syiling
- Daun
- Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu
- Gading dan kertas
- Surat
- Manuskrip
3. Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai sesuatu perkara Peristiwa
- Tokoh
- Kejadian
- Perundangan
- Adat resam
4. Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka, Tuhfat al-Nafis, Catatan Pelayaran Munsyi Abdullah, Surat Perjanjian Pangkor 1874, Batu Bersurat Terengganu
Kaedah Arkeologi
1. Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan-bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
2. Ia juga merupakan kaedah saintifik
3. Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
4. Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
5. Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu
6. Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan
No comments:
Post a Comment